Selasa, 13 September 2016

INDAHNYA SAKIT

Kita perlulah belajar untuk menghargai segala apa yang Allah berikan kepada kita samada kejayaan atau pun musibah.


SESUATU MUSIBAH YANG MENIMPA KE ATAS KITA TIDAK SEMUANYA BURUK KEPADA KITA.

Ada sesetengah daripada kita apabila ditimpa musibah seperti contoh musibah sakit.Mereka ini akan berasa resah-gelisah,marah,mengamuk,meraung-raung kerana bagi mereka kalau sakit ini mereka tak dapat nak pergi kerja,jalan²,buat ini,buat itu dan sebagainya.

Akan tetapi ada juga yang bergembira kerana sakit sebab apa nanti senang la ke klinik ambil mc.

Tetapi bukan ini yang saya maksudkan ...apa yang saya maksudkan adalah kalau kita betul² faham apa asbabnya sakit ini pasti sakit ini adalah INDAH bagi kita.




Apakah asbabnya musibah ini(sakit)?

1=Kita dapat Taqarab(mendekati)kepada Allah secara tidak langsung

Ketika sakit ini kita banyak menyebut nama Allah,berdoa,dengan (رجاء) harapan yang sanggat tinggi berbanding semasa kita sihat dahulu.Kalau waktu sihat dahulu nak sebut nama Allah  pun punyalah susah sebab terlalu asyik dengan hiburan duniawi.
Seperti mana yang Allah telah berfirman didalam Al-Quran
قال الله تعلى=فلا تغرنكم الحيوة الدنيا ولا يغرنكم بالله الغرور(33)*سورة لقمن
maksudnya=maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh ajakan dan bisikan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.


2=Mendidik diri bersikap bersabar 

Allah menyuruh hambanya supaya perbanyakkan bersabar ketika ditimpa sesuatu musibah.Sepertimana kalam Allah yang maksudnya didalam surah Al-Baqarah ayat 155-157

155=Dan  Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang² yang bersabar.

156=yaitu orang² apabila ditimpa musibah,mereka berkata"انا لله وانا اليه رجعون"(sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)
157=Mereka  itulah yg memperoleh keampunan  dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.

3=Dosa² kecil diampunkan
Seperti mana yang saya katakan pada point 1&2 sebenarnya Allah ini sanggat sayang kepada kita sebab itu Allah datangkan sakit kepada kita supaya kita ingat kepada Sang Pencipta Sekalian Alam bukan selalu tetapi sentiasa mengingati Allah.Dan bersabarlah ketika ditimpa musibah kerana akan ada berita gembira buat kita.

Lihatlah↦↦↴↴↴

Tiada ulasan:

Catat Ulasan